Jadi Tukang Urut Pun Boleh Kaya Raya!!

wow!!.. citernya gini.. wife ak baru bersalin. kira dlm pantang lagi lah kan. Jadi kami upah lah sorang tukang urut ni “mak cik” dari Pendang. Mai sendiri lah ke rumah. Xyah gi ambik. 2 hari dh. esok hari last sekli cukur rambut baby.

Kat Alor Setar ni kan mcm bandar sikit. Jadi payah dh nak cari Tukang Urut yang lama2 mcm dedulu utk mengurut. Upah pun kita bagi seikhlas berapa kita nak bagikan..

err… ok sambg balik..

“mak cik” tu dh siap2 letak harga untuk orang bersalin wajib ambik 3 hari. sehari caj 35 hinggit. minyak urut dia plak wajib bayar 12 hinggit. minyak masak ke minyak urut kita dh ada tak main la woi. Caj cukur kepala baby boleh bagi seikhlas hati…

tapi kan.. tapi kan…

ni ak nak citer..

petang tadi dia call wife. utk majlis cukur rambut anak esok kena sediakan beberapa barang seperti daun pucuk pisang yg tgh bergulung, sintok dan kain tuala/kain batik… maka wife ak pun bercadang nak bagi lah kain batik.

barang lain ak ok lagi.. tapi KAIN BATIK??..

dalam otak ak duk pikir lain dah.. apa kena mengena dgn kain batik nih..??

awat demand sgt nak berkain batik bagai?

xcukup lagi ke? dh la upah bagi. minyak urut utk 3 hari tu pun terpaksa beli. ini kan pulak nak kain batik??

membebel ak kat wife.. nak itulah nak ini lah.. kalau kat Tggnu xdak la pun nak bagi kain batik bagai. buat majlis doa selamat. marhaban sikit. potong jambul. makan2 siap la.. xde plak. ak kena bagi kain batik bagai.. hoho

ni kat kedah bang oii… bukan kat Tgganu oii..

glup!! senang sungguh la tkg urut skrg… mcm2 boleh dpt. cuma mintak je…

opss!!

adohai baby ku kembung perut.. ada cara nak elak??

sejak menjadi bapa ni mcm2 perkara berlaku. hidup terus berubah 360°. dulu boleh tido lena 8 ke 9 jam sampai pagi, sekarang setiap 2 jam kena bangun buatkan susu untuk baby.

tu tak campur tolak lagi dengan baby kembung perut. mahu haru biru kami laki bini. first time kot dapat baby manalah nak tahu begitu begini karenah nya baby bila kembung perut.

kesian tengok. menjerit jerit mcm dibuat buat org. mcm kena dera pun ada.. adohai..

first night dgn baby dh mula meragam. dari jam 1 pagi sampi 5 pagi baby duk menjerit jerit. kembung perut smpi perut keras mcm batu. kalau di ketuk perut nya mcm ada bunyi kosong. sah la mmg baby kami kembung!

macam2 la kami buat. sapu minyak telon pun dah. berzikir berselawat baca ayat kursi pun dh. urut2 perut pun dh. tukar lampin pun dah. semua Haremm!! x jalan langsung.. buntu kami laki bini. anak duk menjerit jerit dgn mak duk babel lagi.

Tension! tension! tension!….

so melihatkan keadaan kami yg dh hampir putus asa, kak ak yg ada pengalaman pun bangun cuba membantu. diurutnya perut baby kami dgn minyak hajat perlahan lahan. sambil tu bercakap ckp dgn baby. kemudian ditiarapkan badan baby ke atas pahanya smbil duduk bersila. kemudian punggung baby di tepuk perlahan lahan.

Alhamdulillah.. menjadi. lena tido baby kami. sattle hari tu.

kemudian ak Google cari tip2 apa sebabnya baby kembung perut dan cara nak mengubatinya. macam2 versi ak jumpa. ni antara nya lah. korang boleh cuba kot mana menjadi kan.

TIPS ELAK BABY KEMBUNG PERUT

1. setiap kali lepas mandi. tuam kan tungku panas di perut dan kemaluan dia. tapak kaki, belakang betis pun perlu juga.

kalau tak mahu guna tungku boleh layurkan daun sireh dan lemurkan kat perut baby sehingga kempis.

2. sapukan minyak telon / minyak yuyi ke kat tapak kaki, belakang betis, perut, pinggang dan belakang badan. sambil2 tu urut sikit. baby mmg suka kalu di urut nih.

3. pakai barut perut sederhana kemas. kalau kemas sgt nt baby tak selesa plak.

4. si ibu pantang makan sejuk. kalau tak nanti anak pun sama kembung.

5. menyusu baby secara terus. baby yg menyusu badan jarang kembung perut.

6. penggunaan botol susu yang anti colic / kembung. yang ada aliran udara kuo masuk. harga mahal sikit dari biasa. kami guna jenama pigeon.  setakat ni itu terbaik lah.

itu sahaja lah kot yang lain2 nanti korang akan alami sendiri bila dh ada baby.

untuk cara mengatasi kembung ak akan cerita n3 seterusnya. sebab ak pun letih dh nak menaip dan korang pun dh jemu nak baca panjang sangat kan.

kalu korang suka n3 ni cer like n komen sikit.

ok lah daa.

Detik – Detik Kelahiran Anak Ku Yang Sulong dari seorang bapa

20 JULAI 2014

JAM 5.30 PAGI

22 Ramadhan

“ bang! bangun bang…. air apa ni bang?”

Aa?… hmmm… ( sambil pisat – pisat mata )

Air ketuban dah pecah ke yang?

“ntah la bang, nak kata air kencing bau tak macam air kencing..”

Sakit perut tak? Rasa nak beranak dah ke?

“ tak sakit pun. Rasa nak terkencing!.. “

Dah pergi lah kencing dulu. Tengok air kencing ke air ketuban. Kalau air ketuban mesti akan turun tak henti – henti..

(saat ni aku macam dah bulih agak dah yang wife aku akan bersalin hari ni) yess!.. hihi

“bangggg… a’aa air ketuban lah bang. Turun tak henti henti nih.. “

Jerit wife aku dari dalam bilik air.

Dah, jom lah nak pergi hospital sekarang ke ni?

“Ish, tak la. Awal sangat ni. Pagi2 nanti dalam pukul 8 kita gerak ke hospital. Ok tak? “

Ok, ikutlah mana2 yang..

“lani ni kena makan dulu. Nanti nak beranak kena pakai banyak tenaga. Mak cakap kena makan kenyang2 baru pergi hospital”

Oooo.. bubur lambuk berbuka semalam je lah ada. Nanti makan sama telur rebus 3 bijik. Boleh ka?

“ boleh la bang…. asal kenyang sudah..”

Sambil wife aku makan, ak siap2 kan apa yang patut. Beg baby, beg mak baby ak masukkan dalam bonet kete siap – siap. Nanti pagi sebelum nak gerak ke hospital tak la kalut – kalut. Boleh g dengan rilek dan tenang – tenang.

Sampai ke pagi kitorang tak tido. Segala macam perasaan bermain dalam fikiran. Wife dgn takut2 first time nak beranak. Ak pulak gembira, gusar, ketawa, lucu. Ntah! Macam – macam. Tak ada perkataan yang boleh gambarkan waktu tu.. semua ada.. yerlah nak jadi Daddy first time kan.. hahaha

Terfikir macam mana lah ak nanti bila wife nak beranak dalam Labour Room. Dengan darah berkepol – kepol. Pengsan ke? Pitam ke? Haha… Walau pun ak jenis tak takut darah, tapi first time kot wife nak bersalin. Mesti macam2 perasaan ada. Yer dak?

…………………………………………………………………………

JAM 8.00 PAGI

Dari rumah ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Lepas semua dah siap. Kitorang pun gerak ke hospital. Sampai sana dalam 8.30 Pagi.

Sementara ak parking kete, wife tunggu kat Unit Kecemasan jap.

Tak masuk Unit kecemasan pun. Di Hospital Besar (HSNZ) sini kalau ibu nak beranak kena g bilik pemeriksaan wad bersalin tingkat 1 terus. Senang kalau dah nak bersalin terus je akak – akak Misi tolak masuk Labour Room.

Wife ak tak nak ak tolak guna wheelchair. Dia nak jugak berjalan menapak perlahan – lahan + naik lif. Nanti pintu rahim senang terbukak katanya. Hah! Memang senang terbukak pun. Masuk – masuk je lepas 1 jam wife msj, doktor check pintu dah terbukak 3 CM dan rambut anak terjuntai keluar.. haha

Semua doktor dan nurse duk pakat tengok tak caya punya pasal.

Doktor tanya wife aku sakit perut nak bersalin tak? Wife ak cakap tak… J

JAM 11.50 Pagi

Disebabkan kes rambut anak dah terjuntai, doktor nak suruh masuk Labour Room (LR) terus. Kalau tak kena masuk Wad Belum Bersalin dulu. Waktu tu pintu rahim dianggarkan dah mencecah 4 CM. Jadi misi pun tolak la wife ak masuk Labour Room terus guna Wheelchair.

Wife cakap, masuk je LR lepas tukar baju dan duduk atas bed, semua misi, doktor duk main peranan. Sorang seluk ikut bawah nak tengok berapa bukaan semasa, sorang duk cucuk ubat tahan sakit, sorang cucuk ubat buka jalan kat pinggang, sorang cucuk jarum nak masuk air kat tangan. Kira macam cerita ala – ala doktor omputeh la yang main kat tv tuh.. haha..

Dah selesai step pertama doc remark kat white board tepi katil Jam 2.15 Petang datang seluk balik + paksa bersalin. Hah.. jeng..jeng..jeng..

JAM 12.30 Tengah Hari

 

Ak dipanggil masuk oleh Misi untuk teman kan wife kat LR. First time melangkah masuk LR nih, sambil menapak otak KOSONG! Tak tahu nak pikir apa. Tapi tersenyum senyum ntah kenapa.. haha

berdebar – debar campur gembira..

masuk2 je dari jauh dah dengar kuat dengupan jantung anak. Perut wife dah dipasang satu alat ultrasound kalau tak silap. Tujuan nak pantau pergerakan jantung anak ok ke tidak. Dengan pantas Minyak Selusuh Anugerah yang ak bawa tadi diminum oleh wife. Moga2 cepatlah bersalin.

Masa ini Ubat Buka Jalan yang dicucuk kat pinggang tadi dah mula beri kesan. Wife dengan tak senang baring kejap ke kanan, kejap ke kiri. Sakit nya wife kata hanya Allah je yang tahu. Ak sebagai suami hanya mampu bersabar, doakan untuk tenangkan wife, selawat, tolong urut2 mana yang patut. Kalau tengok memang KESIAN!..

Hasil kesan Ubat Bukaan Jalan ni, JAM 1.30 doc seluk lagi sekali jalan dah terbuka 8 CM. Tapi polisi dorang nak 10 CM baru dipaksa untuk meneran dan bersalin. Sedangkan waktu di jangka paksa bersalin JAM 2.15 petang. Bayangkan lama mana azab sorang wife tanggung sakit pinggang nak bersalin. Yang pelik nya wife ak bukan sakit nak bersalin tapi sakit pinggang YANG AMAT melebihi sakit bersalin.

JAM 2.00 Petang

Wife dah menjerit – jerit mengadu sakit tak tahan. Bukan sakit nak beranak tapi sakit pinggang. Panggil misi, misi buat tak layan. Sebab tak sampai masa lagi kata nya. Misi suruh duduk diam. Kalau tak alat Ultrasound yang ada kat perut tu akan jatuh kat bawah.

Akhirnya doktor laki muda datang seluk lagi. Pintu rahim dah menjadi 9 CM. Dengan suara lembut doktor laki tu suruh wife cuba meneran kalau – kalau dapat beranak normal.

Ok, puan kita cuba, kalau puan boleh meneran normal. Tarik nafas dalam – dalam kemudian teran. Bila rasa sakit terus tarik nafas dalam2 dan teran kuat – kuat”

Tak boleh doktor, saya tak boleh doktor. Kata wife beberapa kali seakan putus asa.

“ puan boleh puan, jangan putus asa puan, puan boleh, cuba lagi”.

Beberapa kali wife cuba, bila hampir2 kepala anak nak keluar wife habis tenaga. Rehat sekejap.

“ puan jangan rehat lama2 puan, anak nak keluar dh ni, nanti anak lemas, rasa sakit je terus teran ye puan, jangan putus asa”

 

Bila usaha doktor laki muda tadi tak jalan, tepat JAM 2.15 petang doktor muda ppuan datang dengan geng2 jururawat nya. Datang mengambil alih tugas doktor laki tadi. Akak – akak misi pulak membantu dengan mengajar cara meneran yang betul. Selebihnya memberikan semangat supaya wife tak putus asa.

Ak pulak membantu memberikan kata2 semangat kepada wife, yakin boleh, jangan putus asa supaya dapat beranak dengan normal. Sambil tu mengangkat kepala wife tinggi – tinggi dengan kedua-dua lengan. Habis lenguh2 sampai 2 hari tak hilang. Puas mengurut barulah hilang.. J

JAM 2.47 Petang

 

Akhirnya dengan segala kepayahan dengan terkena gunting sana sikit, koyak sana sikit. Anak kami pun selamat di lahirkan tepat JAM 2.47 petang. Terdengar doktor cakap..

“Allah, anak besarnya.. berapa kilo lah agaknya.. “

 

Doktor terus ambik baby tadi untuk dibersihkan, di keluarkan air liur berlebihan dan di check. Aku di suruh keluar ikut baby tadi untuk mengazankan dan mengiqamat baby.

Lepas check doktor cakap baby ada masalah sikit iaitu penafasan laju. Jadi kena masuk wad dulu.

Ak pun kena ikut lah sekali baby naik tingkat 6 untuk daftar wad baby.

Dah sattle urusan baby, ak turun bawah tunggu wife siap jahit dan di masukkan dalam wad.

Alih2 misi panggil cakap wife ada masalah tumpah darah, jadi makan masa lama sikit untuk siap dan keluar dari LR. Maybe dalam 2 jam lebih..

Bersambung….